ALAT MUZIK TRADISIONAL MALAYSIA Kesatuan dalam kepelbagaian berbilang asal usul telah melahirkan alat muzik tradisional yang pelbagai lantas melahirkan warisan seni muzik yang kaya dan kompleks. Meskipun bersempadankan budaya masing-masing, namun ia berjaya membentuk identiti tersendiri dan menonjolkan ciri-ciri persamaan yang dapat dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di negara ini. Alat-alat muzik membranofon, kordofon, idiofon dan erofon dimainkan menerusi laras persembahan yang hampir serupa, justeru memberi jiwa dan aspirasi ke arah pembentukan bangsa Malaysia berteraskan 1 Malaysia.
Variasi muzik tradisi di Malaysia adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negara ini. Istimewanya, pelbagai etnik termasuk kaum majoriti Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India serta Bumiputra Sabah dan Sarawak bergabung menghasilkan alunan muzik nusantara yang unik yang tidak terdapat di negara lain.
Muzik tradisional secara amnya digunakan sebagai lambang budaya sesuatu bangsa selain daripada tujuan untuk hiburan dan mengiringi upacara-upacara adat tertentu. Pelbagai muzik tradisional terdapat di Semenanjung Malaysia terutama dari Sabah dan Sarawak. Gabungan ritma dan intonasi muzik yang murni bergabung menjadi suatu melodi yang istimewa.
Muzik tradisional Malaysia mempunyai latar belakang yang menarik, peralatan muzik yang berlainan dan dimainkan sesuai dengan panorama tertentu.
Adalah besar harapan generasi kini agar muzik tradisional Malaysia akan kekal dan diwarisi oleh generasi akan datang dan tidak hilang dan lapuk dek zaman.
Contoh persembahan Orkestra Tradisional Malaysia :